Assalamualaikum,
Kali ni aku nak cerita pasal hobi rare aku. Tanam bunga. Tanam. Bukan jaga or hias or beli bunga bagi kat awek. Kenapa aku cakap rare? Sebab, tiap kali masa sesi taa'ruf @ berkenal-kenalan kat program yang aku pergi or masa sembang santai ngn kengkawan, dorg bagi reaksi muka yg like whattt?? Seriously? whooaaa, laki tanam pokok weh! kelakar jugak tengok respon dari dorg.
Mungkin ramai yang tak tahu sebenarnya banyak hikmah kalau kita tanam bunga or mana-mana tumbuhan asalkan jangan menanam tebu ditepi bibir. Muehehe hambar bukan? lantak kau lah nak gelak ke tak. Aku tetap nak sambung dengan isu bercucuk tanam nih.
Aku tanam satu jenis bunga ja. Bunga Zinnia. Nama melayu dia apa ntah aku pun tak jumpa lagi. Now, dalam banyak-banyak bunga, kenapelah aku pilih zinnia ye? haa, ni benda best yang aku figured out about this beautiful zinnia.
First of all, zinnia is so incredibly beautiful if you see with your bare eyes! Serious lawa. Rasa macam nak menggeletaq kepala lutut aku bila zinnia ada depan mata. You now that feeling when you face to face with your crush. Gitulah perasaannya. Syok sendiri *hiks*
Secondly, zinnia ni sangat mudah nak jaga. Aku siram sekali sehari je kalau cuaca tak berapa panas sangat lah. Kalau kemarau tu lain kes laa. For those who already have wife, dia mcam wife yang independent. Tak manja-manja ngat. Susah nak jaga nanti. Sikit-sikit tu sikit-sikit ni. Gigit kang baru tau.
Next, antara yang paling unik pasal zinnia. Kalau di petik sekuntum bunga zinnia, (zinnia jenis yang berbatang keras. sesuai untuk deco interior rumah) dia akan multiplied lagi banyak! Contoh, kalau aku petik satu, nanti dia akan tumbuh lagi 3 bunga! best kannn. Cer tanya otai2 yang kawen 4 tu. Happy tak dorg. *sekadar metafora*
Oh ya, lupa nak bagitau, Zinnia aku ni aku bagi nama kat dia. Macam korg bagi nama kat pet korg la. Nama dia, Ninja!
![]() |
Hi! My name is Ninja. I am 2 weeks old. |
![]() |
Tengkuk ninja patah. Ada accident masa kat bilik. Sobsob. |
Lepas Ninja umur dia dalam sebulan gitu, aku re-pot dia ke tanah. Nak bagi dia direct sunlight supaya dia makin ceria sikit.
![]() |
Tadaaa! Ninja 2 months old. Cantik tak diaa? |
happy aku kejap je. seminggu lepas aku ambik balik Ninja balik bilik, dia macam tak suka sangat. Dia macam merajuk je dengan aku. Sebab tak dapat cukup makan kot. Yelah, cuba korg kat tempat dia. makan kat KFC ngan makan kat dewan makan sekolah dulu mana lagi best? Tepuk dada tanya perut. *apekah??*
![]() |
Nak KFC gakkk! |
Sedihnya tengok keadaan Ninja masa tu. Dia sakit-sakit. Aku dah try yang terbaik nak sembuhkan dia.
Mesti korg cakap yang aku kuat merepek kan. Apa jadahnya tajuk Makbul ke doa aku ni ngn melalut pasal ninja aku nih? What the heck.. bagusla korg pikir macam tu. Tu maksudnya sel-sel otak korg sedang berhubung. Congrats!
Sejak Ninja nazak kat nursery@greenhouse, aku jadi gelisah sebab takut apa-apa jadi kat Ninja. bayangkan korg ada anak, anak korg masuk ICU. Apa perasaan korg? Mestila sedih kan, gelisah, risau. Apa yang korg akan buat? Memperbanyakkan doa, melazimkan solat-solat sunat. Sebab apa? Sebab kita tahu bahawa yang ada kuasa menyembuhkan tu bukan doktor, bukan bulan sabit merah mahupun omninight yang boleh bagi nyawa kat korg, *sape main dota je tau apa omninight* tapi Allah la yang berkuasa menyembuhkan segala penyakit.
Aku tak pernah putus berdoa so that Ninja boleh bersama aku semula. Ninja sangat bermakna dalam hidup aku. *sedih jap* . Tapi, ditakdirkan zinnia telah mati setelah 2 minggu dalam nursery. Aku sedih sangat. Tapi aku tak putus asa. Aku nak jugak ninja. Petang tu aku g sana, aku potong batang dia, ambil benih daripada bunga dia and aku try semai kat dalam pasu yang sama. Wait for it! O Allah, please make this miracle happens! Aku tak pergi nursery dah lepastu. kejap je. Dalam seminggu. Aku letak sepenuh pengharapan dan keyakinan aku kat Allah.
A week later, aku g kat nursery. Then something interesting happened! Allah dah gantikan Ninja dengan Ninja punya triplet! Yang patah tumbuh, yang hilang berganti. yeayy. Alhamdulillah.
"Makbulnya sesuatu doa bukan terletak pada olahan ayatnya, tapi terletak pada banyak mana kamu percaya akan Tuhanmu untuk memakbulkannya."
![]() |
Hiyakkk! 3 ninjas in action. 2 weeks old Ninja's Triplet. |
![]() |
1 month old triplet. |
Bila aku tengok balik gambar budak 3 ekor ni. teringat pulak kat mak dorg, Ninja. Rindu seyh. Tapi lepasni, aku tekad nak jaga triplet ni leklok. sampai dorg beranak pinak and have a big family. I think that is enough about Zinnia.
Just to sum up may points earlier,
- Find a hobby that makes you happy. Once you feel happy, it wont be a burden to you!
- If something yours is broken, fix it. Not dump!
- Trust in Allah, trust in your God. He can make something impossible, possible.
I really hope that you will gain something from my post. I really want to be beneficial to others as well as to myself. Doesn't care if it is a simple deeds, at least you give something good to others. Goodluck in whatever you are doing right now! See you again! Thank you so muchyy for visiting my blog.
byeee!
This comment has been removed by the author.
ReplyDelete