Assalamualaikum,
This post gonna be a short one.
Tangan ni tiba-tiba je rasa gatal nak menaip.
Hari ni aku nak kongsi cerita aku masa zaman-zaman secondary school aku dulu.
Aku join Bulan Sabit Merah @ Red Cresent Society kat sekolah aku dulu. malah aku dah join sejak aku darjah 4. Kalau ikut kata ahli psychology lah kan, aku ni jenis lelaki yang setia. Apa? nak muntah jap? oke2 silakan. Jangan lupa sambung balik dengar cerita aku ni tau lepas kau muntah tu.
Kat mana dah? Oh ya, pasal kesetiaan aku dalam Bulan sabit Merah. Aku ada joinla satu kursus kawad kaki kat Head Quarters (HQ) cabang Miri. (Lupa nak bagitau yang aku ni alumni Sainsri. Memang patut pun kawan aku cakap yang muka aku sentiasa berseri-seri. *hiks*).
Kursus tu tak la lama sangat, dalam 3 hari 2 malam je. Banyak aktiviti yang kitorg buat masa kem,
Group aku terdiri daripada 9 orang. 4 cina, 2 Iban, 1 Bidayuh dan 2 Melanau (termasuk aku sebab aku ni Melanau. Peace yo!). Masa first latihan dalam kumpulan (LDK) tu, mestila kena pilih sapa ketua tu suma kan. Nak dipendekkan cerita, nama aku naik dan takda bangkangan. Maybe sebab semua baru kenal kot. Kalau dorg dah kenal aku lama mesti dorg takkan pilih aku. (ahli-ahli Bulan Sabit Merah daripada semua sekolah menengah kat Miri yang join kursus ni. sebabtu tak kenal lagi.)
First day kursus, serious aku cakap, team aku cukup racist antara satu sama lain. Especially antara teammates aku yang bumiputera dengan 4 chinese tu. Aku pening banget. Duduk masa bincang LDK jarak dia macam malaysia ngn Australia (hiperbola), lepastu duk kata dia ni gini lah, tapi memang time tu aku tension betul tengok teammates aku. So, aktiviti malam tu sedikit hambar lah. maklumla first aktiviti bersama.
Malam tu sebelum tidur, aku ada plan something, camne nak satukan dorg dan meleraikan jarum-jarum racism antara dorg. Hehe, siapla korg esok! (monolog aku dalam diri)
So, on the next day, first event kitorg adalah latihan kawad kaki. Aku macam biasa jadi Komander untuk team aku. First training alhamdulillah not bad lah. Semua mintak ajar daripada aku. Walaupun pada mulanya ada yang kawad robot, tak sama tangan mas berkawad, tapi aku enjoy sebab dorg nampak sangat happy. Mungkin sebab aku duk bahan sesetengah dorg yang kawad robot tu dan dorg gelak-gelak. hehe. Allah je tau perasaan happy aku pada masa tu. Tak sangka orang yang racist semalam, harini dah bergelak sama-sama. Memangla gelakkan orang tu takdelah baik bunyinya. Tapi nak cerita yang lepastu dorg dah start coorperate antara satu sama lain. Lepas latihan petang tu, kitorg still lagi tak makan bersama. Biasanya kalau ikut program under sekolah, mesti kita akan duduk makan dengan geng sama sekolah kan? Macam tu la keadaan pada masa tu. Malam tu macam biasa, sebelum tidur lepas baca doa tidur, aku ada plan something lagi supaya teammates aku makin erat.
Awal pagi esoknya, kitorg ada fitness training. Jog satu padang. Nama aku naik untuk lead bersama dengan sorg chinese daripada Chung Hua. Kitorg jog seiringan, mula-mula krik krik ja, then i started the conversation, sembang punya sembang lama-lama tukar jadi gelak tawa sesama kitorg. Ntah samada aku ni muka macam badut or maybe aku ada aura will smith kat dalam badan aku. Aku musykil. Tapi aku dan dia lepastu jadi kawan baik sepanjang kursus tu. Malam tu ada buat pertandingan persembahan antara team. Yess! aku nampak satu peluang nak eratkan lagi team aku. Aku aim, at the end of kursus ni nanti kitorg akan happy happy je. So, malam tu aku bagi theme kemerdekaan kat team. Semua setuju. Aku assign roles untuk lakonan nanti. Aku jadi pencerita je. Dorg yang berlakon. (Bab bab berlakon ni, kalau boleh jangan la korg tanya aku. aku memang hampeh dalam bidang lakonan ni.). Aku suruh dorg pilih role and bincang dialog dorg. Aku gtau nak tambah unsur-unsur dota, letaklah. Aku tengok reaksi segelintir yang chinese tu happy. Aku tak aim nak menang. Aku aim dorg enjoy dan bekerjasama dgn satu sama lain. Dari mula sampai habis lakonan tak seorang pun di antara dorg yang tak participate! Semua join discussion, buat dialog masing-masing. Yess yess! Dalam hati aku. So, cut masa pertandingan tu, masa penyampaian hadiah, maka team kitorg yang dapat persembahan terbaik. Yeayyy. Teammates bersatu, hadiah pun dapat. Syukur~ malam tu aku tidur lena menantikan hari esok iaitu hari kemuncak kursus, pertandingan kawad kaki antara kumpulan!
Sewaktu pertandingan berlangsung, takda masalah. Semuanya going with the flow. Aku nak mintak maaf awal-awal sebab tadi aku janji nak make it short tapi macam banyak pulak aku bebel malam ni. okay aku singkatkan cerita. Kitorg dapat the best team, menang kawad kaki, and aku menang the best commander. Wuuuu~ muahaha. Banyak kali naik pentas ambik hadiah muahaha. Alhamdulillah mission aku for that course accomplished! Lepas makan makanan hadiah hamper tadi kitorg gambar-gambar, gelak-gelak and riang ria. Enjoy sakan!
Haa tu jelah kot cerita aku. As usual, setiap post aku akan conclude apa mesej yang aku nak sampaikan. First, aku palingggg tak suka orang-orang racist ni. Tak kira la racist yang macam mana pun. Yang racist kaum ke, racist negeri ke aku tak kira. Asalkan namanya racist, Come on lah, sebenarnya yang racist tu banyaknya dalam media social ja. Media so sial. Aku puas jumpa orang cina kat luar, kawan baik aku ramai je yang chinese, berurusan dengan dorg, aku tak nampak racist nya celah mana. Cuma kita je yang perlu fikir baik, senyum dan mulakan conversation. Lepastu pandai-pandaila cuitkan hati dorg. Insha Allah korg akan nampak impak baiknya! Even dia tak nak cakap sangat ngn korg, atleast dalam hati dia, ada berkurang sikit imej buruk kaum kita ni. Trust in me! Regarding masalah kenegerian ni, aku agak hampa gak tengok fb, twitter and banyak lagi jaringan social lain org duk kutuk negeri ni kutuk negeri tu. Arghhhh. Takda keje lain ke? Baru-baru ni naik isu lambang salib gereja dekat area PJ. Penduduk Islam sana duk suruh tanggalkan lambang salib tu sebab takut menjejaskan iman. Buat demo la ini lah. Mana toleransi antara agama korg? Merosakkan imej orang Islam la kalau buat gini. Yang menjejas iman kita, bukannya lambang salib tu tapi amalan seharian kita. Demo bukan main lantang kata perjuangkan keimanan dorg tapi orang Islam yang duk berzina minum arak tak tutup aurat kacau bini orang sumbang mahram dadah apa semua takda pulak nak join jabatan agama nak hapuskan maslahat ni. Isu lambang salib laju pulak. Semut kat seberang nampak, gajah depan mata tak nampak pulak.
Itu satu hal, yang menambah hal nya lagi bila sesetengah orang dari negeri sana condemn pulak orang kat sini sebab isu ni. Adoiii cukup cukuplaaa. Dah satu, satu lagi hal. Gini lah, memang ada orang yang racist agama kat sesetengah tempat, tapi percayalah, tu cume minoriti je, serious talk! Yang selebihnya yang buat benda baik dalam hidupnya takkan kau nak labelkan sama dengan orang yang buat benda terkutuk tu? Haishhh. Kesianlah orang yang tak bersalah free je kena kutuk. Sama jugak isu orang sana di condemn pasal budak perempuan sekolah menengah yang pailang yang viral suatu masa dulu. Ya memang, memang ada je yang jenis macamtu kat sana, tapi believe me once again, tu cuma setitik nila ja. Nasib dia jadi femes kat social network je. Habis rosak susu sebelanga. Orang sana di cop tak bertamadun pulak. pening peningg. Kalau kita hentikan semua prasangka buruk dalam hati kita ni, percayalah, hidup kita akan jadi lebih baik. Jangan kerana setitik nila, rosak susu sebelanga.
Okay, lepasni tak nak dah racist racist ni okay?
"hai manusia, sesungguhnya kami menciptakan kamu dari seorang laki-laki dan seorang perempuan dan menjadikan kamu berbangsa-bangsa dan bersuku-suku supaya kamu saling kenal-mengenal. Sesungguhnya orang yang mulia di antara kamu di sisi Allah ialah orang yang paling bertaqwa di antara kamu. Sesungguhnya Allah maha mengetahui lagi maha mengenal"
[ Al-Hujuraat : 13 ]
Just to highlight my point,
 |
Racism kills the society! Stop racism! |
Thanks for visiting! Maafla kalau aku ni hambar bagi korg. Aku cuma nak satu ja. Supaya mesej aku sampai kat korg. Nasihat dari hati insha Allah akan sampai ke hati.